Home » » Interview : Sudah Berjaya!~
Along Wiraje On 5.10.10 At 14:28
Interview : Sudah Berjaya!~
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana atas kuasaNya kesemua yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Temuduga tempoh hari dengan pihak Metro Driving sudah pun membuahkan hasil.

Sekarang Along sudah pun menjadi salah seorang warga Metro Driving Academy. Maknanya tanggungjawab Along pun dah semakin besar. Manakan tidak, pada malam hari perlu tumpukan tugas sebagai IT Support di Telebiz. Siang hari pula sebagai Instructor cum Marketing Executive di Metro Driving. (^_^)

Tapi Along tidak kisah, sebab ini untuk kebaikan rumahtangga Along dan juga untuk masa depan Along sendiri. Cuma apa yang Along bimbangkan sekarang adalah mengenai PWC. Bukan apa, waktu Along sekarang makin terhad, komitmen Along semakin banyak. Harap-harap kawan-kawan di PWC faham dengan apa yang sedang Along lakukan sekarang ini.

Berbalik pula kepada tugas baru Along di Metro Driving. Along sangat bersyukur juga sebab Bos baru di Metro Driving sangat memahami orangnya, iyalah Bos Baru @ Puan Nora dan En Suhaimi tidak kisah kalau Along berniat untuk terus kekalkan kerja malam Along selagi semuanya berjalan lancar dan tidak mengganggu urusan dan perjalanan syarikat.

Bahkan, sebiji kereta syarikat turut disediakan sebagai kemudahan Along melakukan kerja-kerja pemasaran dan juga untuk mengajar student-student baru. Walau pun syarikat tidak menyediakan kereta Proton Wira untuk urusan kerja di luar, tapi Kancil pun Kancillah!~ [Kancil macam dalam gambar atas tu!~]

Alhamdulillah. 

Along Wiraje : Amin.. 

9 comments:

justshare said... [Reply to comment]

Maklumat dan info yang menarik.

YOUsoF said... [Reply to comment]

Alhamdulillah.

Yang Terbaik jela ye Along! ;D

S..U..D..@..I..S said... [Reply to comment]

Nak ucap tahniah pada Along kerna berjaya dalam kerjaya, selamat maju jaya

leaimang said... [Reply to comment]

tahniah, kesihatan jangan di lupakan......

Anonymous said... [Reply to comment]

metro driving mana hang dpt long?area mana?

n@jwamz said... [Reply to comment]

congrate:)

penaberkala said... [Reply to comment]

tahniah
semoga sentiasa dilimpahkan rezeki olehNya, amin

slamat menjalani kerja baru

Dang Intan Duka said... [Reply to comment]

tahniah...:)

Warna Warni Kehidupan said... [Reply to comment]

tahniah