Home » » Bercuti di Pantai Bagan Lalang
Along Wiraje On 23.12.09 At 00:29
8 Disember - Pantai Bagan Lalang..








5.00 pagi - Bertolak daripada Kuala Lumpur, daripada Bandar Tun Razak, keluar ikut MRR2 Bandar Tasik Selatan [kena tahan dekat roadblock dekat Bandar Tun Razak] terus masuk Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban. Keluar ikut tol Nilai dan perjalan diteruskan ke Bandar Sepang.


Ingatkan jauh, rupanya tak jauh mana pun. Sempat sampai di Pantai Bagan Lalang untuk tengok matahari terbit.


Besarnya kuasa tuhan bila tengok kegelapan malam, sikit2 kene 'telan' dengan sinaran matahari.


[Adam dan Daniel rupa-rupanya takutkan air laut]


Puas pujuk Adam untuk pijak pijak pasir Pantai Bagan Lalang. tapi saru, tak berjaya. HuHu. Adam dan Daniel lebih suka memilih untuk bermain di taman permainan berdekatan berbanding bermain dipantai.


Sizuka pula lena tidur di dalam kete.. Keletihan agaknya..



Pantai Bagan Lalang, walaupun pantainya tidaklah secantik pantai di Port Dickson, namun ianya tidak sesak dengan pengunjung dengan orang ramai seperti di PD.. Air Laut di Pantai Bagan Lalang agak kekuningan. Kemudahan untuk para pengunjung juga agak terhad.. Keluasan Pantai Bagan Lalang juga tidak berapa lebar, jadi lokasi untuk mandi manda agak terhad.


Apa yang boleh disimpulkan disini, perjalanan Pantai Bagan Lalang untuk menjadi satu 'Hot Spot' percutian masih jauh. Tapi tahniah, kerana langkah-langkah awal sudahpun diambil oleh pihak yang berkaitan. Contohnya seperti kewujudan Sepang Gold Coast yang masih dalam proses pembikinan.


9 pagi - Dari Pantai Bagan Lalang, kami bersiar-siar ke Pantai Morib dengan alasan untuk meninjau hotel yang lebih murah. Namun hampa, Pantai Morib harga hotelnya lebih mahal daripada di Pantai Bagan Lalang.


Lepas singgah di Morib [sambil bersarapankan kuih-muih di tepi jalan], percutian diteruskan. Kali ini, kami memandu ke Dengkil [KL - Sepang - Bagan Lalang - Morib - Dengkil] untuk melawat Paya Indah Wetlands. Niatnya hendak tengok buaya sama badak sumbu a.k.a hypopotamus. Huhuhu.. Dapatlah jugak tengok dalam 3 ekor badak sumbu dan 2 ekor buaya yang tak timbul-timbul ke permukaan air, nampak muncungnya sahaja. .


(Masuk percuma tau..)







Pantai Bagan Lalang takde pekan yang meriah, yang ada cumalah sederet kedai ala-ala food court, bazar jualan cenderahati. Jadi untuk aktiviti seterusnya kami sekeluarga jalan-jalan pula di Bandar Banting petang tu masa balik dari Paya Indah Wetlands, sempat la singgah Tesco cari apa yang patut..

Belikan pelampung untuk Adam dan mainan pasir untuk Daniel.. [Agak mahal.. Lupa harganya]




Penginapan - Malam itu, kami semua bermalam di Chalet Persatuan Perikanan - RM90 sahaja semalam.. Kenapa di sini? Alasannya, ini Penginapan yang terbaik [dari segi harga, keselesaan dan keselamatan] dan juga dekat dengan lokasi Restoran Seafood yang kami hendak pergi. 


Malamnya, sempat bermain badminton dengan Adam.. Sungguh tak sangka, Adam pandai main badminton. Suasana bersukan tiba-tiba bertukar kepada gelak tawa, apabila Daniel tiba-tiba pelik dengar bunyi laut terhempas ke batu.. tapi dia tak tau di mana laut (^_^) sebab bunyi je ada, lautnyer takde - gelap gelita..









8 malam - Makan Seafood di Restoran HM Bagan.. Murah dan sedap!~ Bayangkan - Nasi putih x 3, ketam masak cili, cencaru bakar, udang butter, sotong halia, pepahat masak cili, telur dadar, air tembikai laici, air barli.. Siap dapat kerepek ubi free lagi.. Cuma RM57.00!~ 


Makan tepi laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. atas pelantar.. seafood yang segar.. ada kelip-kelip.. nampak bot.. Priceless!~ Takkan dapat pengalaman nie dekat KL.









9 Disember - Keesokannya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga pergi mandi laut.. One good thing bout this beach.. Ombaknya tak kuat, pantainya tak crowded, so sangat suitable untuk budak-budak mandi-manda.. Tapiiiii... harus diingat.. Korang kene pandai baca pasang surut air lautnye.. Sebab bila time air surut, jarak laut dengan pantainya adalah dalam dalam 100-200 meter.. Hahaha.. 


Walaupun, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini.. Apa2 pun syukur kerana perjalanan kami sekeluarga selamat dan anak-anak juga happy..


Along Wiraje : Alhamdulillah.. Syukran kepada yang Maha Esa..

0 comments: