Along Wiraje On 5.10.10 At 14:28
Interview : Sudah Berjaya!~
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana atas kuasaNya kesemua yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Temuduga tempoh hari dengan pihak Metro Driving sudah pun membuahkan hasil.

Sekarang Along sudah pun menjadi salah seorang warga Metro Driving Academy. Maknanya tanggungjawab Along pun dah semakin besar. Manakan tidak, pada malam hari perlu tumpukan tugas sebagai IT Support di Telebiz. Siang hari pula sebagai Instructor cum Marketing Executive di Metro Driving. (^_^)

Tapi Along tidak kisah, sebab ini untuk kebaikan rumahtangga Along dan juga untuk masa depan Along sendiri. Cuma apa yang Along bimbangkan sekarang adalah mengenai PWC. Bukan apa, waktu Along sekarang makin terhad, komitmen Along semakin banyak. Harap-harap kawan-kawan di PWC faham dengan apa yang sedang Along lakukan sekarang ini.

Berbalik pula kepada tugas baru Along di Metro Driving. Along sangat bersyukur juga sebab Bos baru di Metro Driving sangat memahami orangnya, iyalah Bos Baru @ Puan Nora dan En Suhaimi tidak kisah kalau Along berniat untuk terus kekalkan kerja malam Along selagi semuanya berjalan lancar dan tidak mengganggu urusan dan perjalanan syarikat.

Bahkan, sebiji kereta syarikat turut disediakan sebagai kemudahan Along melakukan kerja-kerja pemasaran dan juga untuk mengajar student-student baru. Walau pun syarikat tidak menyediakan kereta Proton Wira untuk urusan kerja di luar, tapi Kancil pun Kancillah!~ [Kancil macam dalam gambar atas tu!~]

Alhamdulillah. 

Along Wiraje : Amin.. 
Along Wiraje On 29.9.10 At 14:50
Interview sebagai Marketing Executive cum Instructor
Dah lama rasanya tak pergi interview. Gugup ada, berdebar-debar pun ada. Tambah-tambah baju ofis dah tak banyak simpan kat rumah. Seingat Along adalah dalam 4-5 helai baju kemeja yang ada dalam almari tu.

Yelah, macamana nak ada banyak baju kemeja, pergi kerja pun pakai T-Shirt je. Hehe.

Hari ini, jam 5.30 petang Along akan pergi temuduga di Metro Driving Academy. Insyaallah, sekiranya dimurahkan rezeki oleh Allah swt dapatlah Along merasa kerja waktu siang pula, tak perlulah jadi 'Kelawar Malam' seperti sekarang.

Lepas ini, Along nak mencuba rezeki dalam bidang Sales and Marketing pula, manalah tau lagi masyuk daripada gaji sekarang. Bawa jenama Metro Driving ni confident sikit, hahaha!~ Yelah, ada sangkut-paut dengan Kereta lagi. At least, kalau orang tanya takde lah gugup sangat untuk menjawab.

Tambahan pula, Syarikat akan berikan sebiji kereta untuk kegunaan Along buat kerja. Alah, kereta Metro Driving Academy yang warna merah tu. Kereta Kancil je. 

Untuk rekod, bukanlah niat Along untuk suka-suka bertukar kerja macam tu sahaja, tapi pertukaran ini harus dilakukan demi memenuhi keperluan dan kepentingan keluarga. 

[Adam dah nak masuk Darjah 1 tahun depan, Daniel pun dah nak masuk tadika]

Walau bagaimanapun, kerja malam Along takkan Along lepaskan macam itu saja. Dengan izin Tuhan, kalau badan masih sihat dan kuat, insyaallah kerja sekarang akan diteruskan lagi sebagai Part-Timer pula. Kiranya terpaksa lah buat 2 kerja pula selepas ini. Huhuhu!~

Harap kawan-kawan semua, doakanlah Along berjaya dalam temuduga dengan En Suhaimi petang nanti. Along memang berharap sangat dapat kerja ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

P/S : Maaf dengan penggunaan Bahasa Pasar hari ini.


Along Wiraje : Malam tadi survey jalan, hampeh tak jumpa. Rupanya alamat incomplete!~
Along Wiraje On 28.9.10 At 11:48
Proton Waja Impian / Proton Inspira / Proton Waja Evo aka Proton Waja Baru 
Buat masa sekarang pelbagai desas-desus dan khabar angin sedang bertiup kencang mengenai kedatangan Proton Waja Baru ini. Ada yang kata ianya akan menggunakan Chasis Evo X, ada yang kata ada enjin turbo dan bermacam-macam lagi. 

Antara desas-desus yang Along dengar melalui telinga Along sendiri, Proton Waja Baru ini akan menggunakan Enjin 4g93 untuk versi 1.8. Manakala untuk versi 2.0 Enjin MIVEC akan digunakan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus sahaja, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan lagi. Wallahualam.

Manakala jikalau mengikut logik Along pula, adalah amat mustahil kalau Proton sanggup mengeluarkan peruntukan untuk menggunakan dua jenis teknologi enjin yang berbeza dalam satu model. Desas-desus ini lebih kepada angan-angan daripada peminat-peminat kereta tempatan. Silap-silap pakai enjin Campro CPS. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.

Walau apa pun, antara info yang Along faham tentang Proton Waja Baru ini, walaupun masih belum ada kenyataan rasmi, kemungkinan besar ianya akan terdapat dalam 3 variasi 1.8, 2.0 dan 2.4 sama seperti Teknologi Enjin Mitsubishi dalam GEMA. Dari segi harga pula, kemungkinan besar pula ianya akan lebih mahal sedikit daripada Proton Waja CPS tetapi lebih murah daripada Proton Perdana. 

Di bawah ada serba sedikit Spesifikasi Enjin yang berjaya Along godek dalam Internet.

Spesifikasi Enjin Proton Waja Baru 2.0 
(sama seperti yang dikeluarkan Mitsubishi mengikut Pakatan GEMA)
Engine Type : Inline 4 Cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement : 2.0L (1998cc)
Bore : 88mm
Stroke : 86mm
Compression Ratio : 10:1
Fuel System : ECI Multiple
Peak Power : 108-114kW (147-155PS) @ 6000rpm
Peak Torque : 198N.m (146fl.lbf) @ 4250rpm

Proton Waja Impian atau Proton Inspira adalah antara 2 nama yang sedang hangat diperkatakan sebagai nama yang bakal digunakan untuk Proton Waja Baru ini. Kepada yang masih belum perasan, Proton Waja Baru ini adalah kesinambungan kepada Proton Waja dengan DNA daripada Lancer.

Namun, Proton Waja Impian atau Proton Inspira bukan nama rasmi kepada Proton Waja Baru. Masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada PROTON mengenai hal ini. Menariknya, Along telah terjumpa sebuah Kelab Proton Inspira di Facebook!~ Kepada yang berminat untuk menyertainya, along ada sediakan linknya di bawah.


Kepada yang masih belum meilhat rupa bentuk Proton Waja Baru - Saksikan!~

Lakaran Artis



  Spyshot di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang


Spyshot di Jalan Bukit Bintang, KL




Sekali pandang mesti ada yang terus kata sebiji macam Evo X yang sedang banyak merayap atas jalan raya Malaysia. Tetapi jika dipandang berkali-kali, Proton Waja Baru ini sebenarnya lebih mirip kepada Mitsubishi Lancer GLS.

Jom kita lihat perbezaan Evo X dan Lancer GLS!~

Mitsubishi EVO X                                                 Mitsubishi Lancer GLS GT

Along Wiraje : Tak sabar nak tunggu Proton Waja Baru nie!~